Wednesday 29 June 2011

Wordless Wednesday,


Aku tak ada idea sekarang, jangan paksa aku cakap banyak-banyak.


                                                   -____________-

Saturday 25 June 2011

Aku minat K-pop, ada masalah?

Aku minat Korea-pop or secara pendek k-pop. Memang semua sudah maklum sekarang ni zaman kemuncak Korea Selatan, yep South Korea bukan North Korea ye adik-adik, tak sama. Lain-lain negara. Correct me if I’m wrong, okey.
Tambah lagi dengan demam k-pop yang aku juga terasa bahangnya. Kau tau tak sekarang ni Korea Selatan macam goreng pisang panas sebab satu dunia berebut-rebut nak pergi datang sana? I know that many of you sudah tahu. Bagi yang tak tahu kau duduk diam-diam, pergi buat muka sedih sebab kau je yang tak tahu. Kau dari zaman apa yorke? Sekarang ni ramai yang panas bontot tak sabar-sabar nak menang tiket konsert artis K-pop semua tu, kau pulak dok sibuk nak kopek kuaci lagi. Apa ini =.=
Tapi, tak apa, meh aku tolong kau yang masih kopek kuaci tu untuk mengetahui apakah rahsia di sebalik kegemilangan South Korea. Aku kalau bab nak meng’femes’kan negara lain memang rajin. Okey, aku ngaku aku memang tak sedar di untung. Malaysia, nanti aku try buat entri pasal kau pulak yea, tapi aku tak janji -___-

Faktor-faktor yang membuatkan Korea Selatan di minati ramai; 
1.Bantuan media massa 
        - Hoi ! Kerana bantuan pihak media depa lah aku, kau dan kau dan kau pergi tercongok kat depan televisyen hanya semata-mata nak tunggu Kim Hyun Joong kau tu. Angau tahap sawan dah kalau kau tak jumpa Super Junior oppas kau tu dalam sehari, termasuk lah aku jugak. Adess, terpaksa jujur pulak=.=
      Kalau boleh nak aje kau masuk dalam tv tu sekarang jugak, kan? Kalau tak ada pihak media depa yang uar-uarkan pasal Korea Selatan, agaknya sekarang ni aku, kau dan kau dan kau tengah main ting-ting sama-sama atau paling tidak pun main pondok-pondok dengan cinta monyet kau masa zaman kecik-kecik tu.
       
2.Artis-artis yang hensem-hensem and cantik-cantik belaka 
       - Itu lah dia modal depa! Tapi aku sendiri tak boleh nak nafikannya. Okey, kau menang Rain-___- Kenapa kau hensem gila Lee Minho? Kenapa kau comel sangat Kim Beom? Ni baru artis lelaki yang digila-gila kan oleh perempuan-perempuan dari seluruh pelosok dunia. Di samping itu, dorang juga boleh membuatkan kami para gadis menjadi histeria,  menjerit  dan meroyan macam orang tak betul!
      
- Kalau lelaki pulak, kau sebut lah grup idol stars mana-mana kat depa, Wondergirls, Girl’s Generation, Kara, T-ara, Secret? Apa lagi haa? Aku pun dah tak tau dah! Banyak sangat grup-grup idol stars kat Korea Selatan tu. Tapi, yang penting, kau sebut lah nama-nama grup tu, aku rasa maybe depa dah mengenali setiap member grup-grup tersebut. Kalau lagi bagus, sebut aje tajuk lagu grup tu, terus dia nyanyi, siap hafal lirik dengan tarian dia sekali! Tapi yang tu, laki dengan pompuan sama je.

Girl's Generation, idol stars yang menjadi kegilaan lelaki zaman sekarang , aku pun boleh laa minat sikit-sikit +__+

     3.Rancangan reality game show yang menarik hati 
      - Yang ni memang penambah rasa minat aku kat Korea Selatan. Aku suka reality game show depa. Memang tip top! Lawak pun lawak, menghiburkan hati yang lara bak kata sasterawan and memberi informasi jugak! Sebagai contoh rancangan 2days 1night, kau yang tak tau apa rancangan tu, sila google kat mana-mana okey? 2days 1night, rancangan yang memberikan  info-info berkaitan kawasan-kawasan yang menarik untuk di lawati, cantik pun cantik, menenangkan hati kalau tengok. Tapi, aku dapat tengok kt tv je lah, sadis betul;(

Members of 2days 1night , masa ni Uhm Taewoong tak ada lagi ,

Jadi itu saja lah ulasan aku. 3 je lah faktor-faktor dia. Kalau boleh nak aje aku sambung taip sampai cramp jari jemari aku ni. Tapi , kalau aku tulis panjang-panjang pun mana ada kau nak baca. Agaknya kau baca ayat pertama aje pun dah tertidur-____-

Kesimpulannya:
-  Kalau kau tak puas hati aku cakap pasal K-pop je , kau boleh menggerakkan mouse dan tekan butang keluar dari page aku .
-  Aku just nak share something yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang , bukan remaja je, dewasa dan warga emas pun ada jugak! Kau tak percaya ? Aku lagi lah +__+
-  Dan kalau ada sebarang error , sila cakap , terima kasih di atas kerjasama anda semua !

Thursday 23 June 2011

I’m new blogger =))


Yahoo! Akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak buat blog ni. Selamat datang kepada aku, haha. Sekarang ni kira macam trend plak nak buat blog-blog semua ni. Tak tau lah ye atau tak. Tu cuma pendapat aku je. Sebab daripada pemerhatian aku, aku tengok ramai budak-budak sekolah dah buat blog ni, termasuk lah aku sekali, huhu. Tapi aku bukan nak tiru atau nak ikut trend semua tu, aku just nak tulis pasal aku atau hal-hal semasa je. Baru tahun ni aku mula berjinak-jinak dalam dunia blog ni. Sebelum aku buat blog, aku cuma silent reader kepada blog-blog yang aku terjah dengan blog-blog yang aku sudah jatuh cinta. Lepas baca punya baca, aku mula teringin nak buat blog. Untuk tulis perkara-perkara yang mungkin membebankan kepala otak aku bagi release tension and kalau boleh, aku teringin jugak nak share something untuk siapa-siapa yang sudi baca blog sakai aku ni.Jadi sudi-sudikan lah diri kau untuk membaca kemerapuan aku ni, terima kasih!

Flying note :
Aku sembang macam budak sebab aku tak cukup umur lagi. Aku speaking tak betul sebab aku ada broken English . Kalau kau tak suka cara aku tulis kau bagitahu okey ? Boleh jugak aku nak clean error aku . Opss ! Salah ke nyah English aku ni ? What I mean, boleh jugak aku nak perbetulkan segala kesalahan tatabahasa , spelling dan seangkatan dengannya kalau kau sudi bagi nasihat kat aku yang lemah BM nie, jadi segala bantuan amat dihargai,
Thanks :DD