Monday, 4 July 2011

Makhluk perosak ,


Kau memang sangat kiut dan kau sangat langsing, aku pun tak selangsing kau. Tapi aku tak suka kau sebab kau suka buat aku ni macam tempat pejalan kaki tak bertauliah kau. Tambah lagi kau buat rumah mak bapak aku macam rumah mak bapak kau. Jalan sana sini ikut suka hati kau. Bila aku hempuk, kau marah sampai ajak geng suruh balas dendam. Aku kalau dah geram aku hempuk je lah. Apa? Kau tak puas hati lagi? Kalau macam tu aku bagi kau dua pilihan sama ada kau nak aku hempuk atau nak aku spray kau? Bagi aku, dua-dua pilihan sama je balasan yang akan kau dapat, ye dok? Kau macam  tak tahu pulak yang aku ni pantang tengok makhluk macam kau. Jadi kau berdoa lah banyak-banyak supaya kau tak muncul masa aku ada , tapi kau jangan ingat kau dah terlepas walaupun kau tak berjumpa face to face dengan aku. Lambat laun kita akan berjumpa jugak !

Flying note :
Wahai rakyat jelata sekalian, makhluk yang mengganggu ketenteraman beta menyebabkan beta kekurangan idea dan maklumat untuk di proses buat masa sekarang, sekian =.=

1 comment: